Home Berita PAS Sabah

Ziarah kasih sayang mengeratkan ukhwah

91
SHARE

Oleh: Fatiha Mohammad
27 Februari 2023

KINABATANGAN: Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Kinabatangan telah turun menziarahi pesakit kanser di Kg Pengkalan Bukit Garam kelmarin.

Ziarah itu dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan yang baharu, Jumaidin Lakalla bersama beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.

Difahamkan bahawa Pakcik Jem @ Jemrus bin Dian menghidap kanser hepatitis B. Berikutan kanser yang dihidapi oleh beliau, kesihatan fizikal beliau semakin merosot.

“Saya ucap terima kasih dan rasa sangat terharu dengan kehadiran ahli PAS yang sudi melawat saya”, ujar beliau.

Beliau juga mendoakan semua ahli agar sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki dan kesihatan.

Jumaidin Lakalla juga mensyorkan keluarga tersebut untuk mendaftar mysalam.