Home Berita PAS Sabah

MAT PAS Sandakan Kali Ke 33 berjalan lancar

245
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
27 Februari 2023

SANDAKAN: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Sandakan Kali Ke 33 telah berlangsung dengan jayanya di Taman Anggerik, Sandakan di sini semalam.

Menurut Setiausaha PAS kawasan, Mustaman Mustain, mesyuarat kali ini agak berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun ini kita memberikan peluang seluas-luasnya kepada semua perwakilan untuk berbahas berkenaan ucaptama Yang Dipertua PAS n Sandakan bagi menzahirkan harapan dan cadangan buat kepimpinan kawasan

“Terima kasih semua perwakilan dan pemerhati yang hadir, dengan kehadiran semua dapat merancakkan lagi mesyuarat kita hari ini,’ katanya ketika berucap dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Sandakan menzahirkan penghargaan buat semua perwakilan dan pemerhati yang hadir dalam mesyuarat itu.

Mesyuarat kali ini turut memberikan Anugerah Ahli Proaktif kepada individu yang telah menunjukkan prestasi dan komitmen yang baik dalam gerak kerja.

Ahli yang dinobatkan untuk anugerah tersebut ialah, Ketua Cawangan Taman Mesra, Sulaiman Abdul Samad, Ketua DHPP Sandakan, Isaac Wong Kah Kiet dan Ketua Cawangan Mangkalinau, Mohammad Idris.

Selain itu, turut diberikan penghargaan kepada cawangan-cawangan yang bergiat aktif sepanjang sesi 2021-2023. Antaranya, Cawangan Bandar Sandakan, Cawangan Kampung Forest, Cawangan Kampung Sim-Sim, Cawangan Taman Harmoni, Cawangan Sri Taman, Cawangan Mangkalinau dan Cawangan Taman Mesra.

Ketua Cawangan Kampung Forest terima Anugerah Cawangan Aktif