Home Melaka

Rencana | Pertukaran kerajaan dan aspirasi rakyat

189
SHARE

Oleh IBNU JANIE

BARU-baru ini ketika berucap di Dewan Rakyat, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ‘mengusik’ emosi penyokong PH-BN tentang adanya kemungkinan kerajaan boleh bertukar.

Dan memang itu yang diharap dan didoakan oleh majoriti rakyat pada masa ini setelah melihat kerajaan PH-BN terutama PH itu sendiri dilihat konsisten dalam memungkiri kata-kata dan janji mereka sendiri sama seperti waktu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dahulu.

Peristiwa tumbangnya kerajaan PH pada tahun 2020 lepas masih menjadi trauma kepada kepada mereka. Mereka meratibkan isu ‘pengkhianatan mandat rakyat’ atas kejadian yang berlaku pada tahun 2020 itu.

Kebarangkalian dan kemungkinan untuk perkara itu berlaku untuk kali kedua.pada kali ini memang ada. Ia memang boleh berlaku. Namun sekiranya ia berlaku pada kali ini tidak akan timbul lagi isu mandat rakyat.

Mereka boleh kata bahawa pertukaran kerajaan pada tahun 2020 itu pengkhianatan mandat rakyat. Ini adalah kerana pada masa itu rakyat memang mengundi PH yang di dalamnya ada PKR, DAP, PAN dan Bersatu dan sekutu mereka Warisan.

Dan PH-Warisan mendapat 121 kerusi pada waktu itu. Pada waktu itu semua rakyat yang mengundi samada PKR, DAP, PAN, Bersatu atau Warisan tahu bahawa kesemua parti ini membawa aspirasi yang sama.

Lalu apabila Bersatu pada masa itu meninggalkan PH dan berpakat pula dengan PAS dan Umno-BN membentuk kerajaan, maka di situ mereka boleh katakan ada isu berkaitan dengan mandat rakyat.

Pada PRU-15 lepas, PH mendapat 82 kerusi, BN (30), GPS (23), GRS (6), Warisan (3) sementara PN (74). Tiada satu parti gabungan pun dapat majoriti mudah membentuk kerajaan.

Kerajaan PH-BN yang ada sekarang ini bukanlah kerajaan yang mendapat mandat rakyat. Ia terbina daripada kelicikan pucuk pimpinan dua parti utama yang mempunyai perancangan peribadi sendiri tanpa pengetahuan sebahagian besar pimpinan dan ahli.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim memimpin Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang lepas menumpukan serangan kepada korupsi yang berlaku ke atas Umno-BN dan pimpinannya.

Isu-isu lama seperti 1MDB dan isu-isu baharu seperti LCS, perbicaraan salahguna kuasa Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kes-kes lain jadi modal PH memancing undi rakyat yang bencikan kleptokrasi.

Umno-BN pula menyasarkan PH sebagai sasaran serangan dengan isu tradisi iaitu tidak mahu DAP menjadi kerajaan. DAP adalah sebahagian daripada PH, mengundi PH bererti mengundi DAP. Sekian lama Umno-BN berkubu di sebalik ketakutan orang Melayu terhadap DAP untuk mengekalkan kuasa.

Tidak banyak serangan boleh dibuat kepada PN ketika itu. Malah PN dilihat sebagai alternatif terbaik. Orang-orang Melayu yang tidak mahu melihat DAP jadi kerajaan tetapi dalam masa yang sama muak dengan masalah pemimpin umno sangat sesuai memilih PN.

Melihat PN sebagai alternatif terbaik, PH terpaksa menggunakan strategi memalitkan isu Umno-BN kepada PN. Mereka kata ‘mengundi PN bererti mengundi Umno-BN’. Ini adalah kerana PN sebelum itu memang bekerjasama dengan Umno-BN membentuk kerajaan.

Padahal telah ditegaskan oleh pimpinan PN bahawa tidak akan ada kerjasama dengan Umno-BN untuk membentuk kerajaan.

Begitu juga Umno-BN. Oleh kerana mereka tahu orang Melayu sukar menerima DAP maka mereka terpaksa memalitkan PN dengan PH-DAP dengan frasa ‘mengundi PN bererti mengundi PH-DAP’.

Ini menggambarkan kononnya antara Umno-BN dan PH-DAP ini aspirasinya antara langit dan bumi jaraknya. Maka antara pengundi Umno-BN dan PH-DAP juga sudah tentu juga langit dan bumi bezanya. Namun hanya selepas beberapa hari selesainya PRU15 tiba-tiba Umno-BN dan PH-DAP bergabung membentuk kerajaan.

Tindakan ini sebenarnya mengkhianati mandat rakyat yang menyokong PH yang menolak sekeras-kerasnya parti kleptokrat Umno-BN. Ia juga mengkhianati mandat rakyat yang menyokong Umno-BN kerana tidak mahu melihat DAP menjadi kerajaan.

Sekiranya dalam masa terdekat ini berlaku lagi pertukaran kerajaan seperti pada tahun 2020 maka tidak ada langsung isu ‘pengkhianatan’ mandat rakyat di situ. Malah ia menepati aspirasi rakyat yang sudah mula bosan dengan ketidakmampuan ‘zahir-batin’ PH-BN dalam menunaikan janji mereka.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 6-9 Mac 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH