Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS perlu jadi benteng utama sebar syiar Islam

266
SHARE

Oleh: Asreena Yun
13 Februari 2023

KOTA BELUD: Muslimat PAS perlu lebih kehadapan menjadi benteng utama menyebarkan syiar Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Belud, Rosnani Omar berkata, Allah menjanjikan bahawa pada akhirnya Islam itu akan menemui kemenangan dan kemenangan itu sangatlah dekat.

“Kita menyaksikan sirah kenabian telah melalui pelbagai liku, mehnah dan tribulasi yang begitu hebat dalam menyebarkan Islam.

“Dan PAS sendiri daripada dulu sehingga sekarang masih memegang prinsip yang sama iaitu meletakkan Islam pada tempatnya walaupun saf kepimpinan saling bertukar ganti. Itulah bezanya PAS dengan parti politik yang lain,” ujarnya dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Dewan Muslimat PAS Kota Belud.

Mesyuarat kali ke 9 itu berlangsung dengan meriah dengan kehadiran majoriti anak muda yang merupakan pelapis akan datang. Turut hadir wakil-wakil muslimat cawangan Kesapang.