Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Istiqamah Hingga Kemenangan

94
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
13 Februari 2023

SEPANGGAR: Muktamar Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar (DMPKS) kali ke-11 diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Sabah di sini, semalam.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar (DMPKS), Ummu Asma Abu, tema Muktamar Tahunan pada kali ini ‘Istiqamah Hingga Kemenangan’ diangkat bagi menyeru para muslimat untuk terus kuat serta teguh pendirian dalam berkecimpung di medan dakwah dan siasah yang mencabar.

“Adakalanya semangat kita pudar kerana komitmen keluarga, anak-anak dan kerjaya namun sabarlah kerana gerak kerja jemaah yang tidak bergaji dan sukarela ini kelak Allah akan ganjarkan rezeki dari segi kesihatan, kegembiraan, kebahagiaan dan kesenangan dalam hati.

“Medan dakwah sebenar bermula daripada diri kita sendiri dengan mengorbankan masa berhibur kita dengan waktu menyumbang kepada agama Allah. Yakinlah, bila kita bantu agama Allah, ada ruang rehat,” ujarnya.

Ummu Asma juga berkata, ukhuwah dalam berjemaah juga mesti dijaga bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan muslimat demi kelangsungan gerak kerja pada masa akan datang.

Turut hadir Pengerusi Lajnah Ekonomi, Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Siti Aisyah Rahman, selaku pemerhati Muktamar DMPKS, perwakilan dari Cawangan Indah Permai dan Cawangan Kingfisher.