Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sinar Gembira Di Pagi Syawal

764
SHARE

Sinar Gembira Di Pagi Syawal

23 Jun 2017, Johor : Ramadhan semakin hampir di penghujungnya. Namun Semarak Kasih Ramadhan terus giat dengan misi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Pada Ahad yang lepas bersamaan dengan 18 Jun 2017, Team Skuad Prihatin daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) berada di Batu Pahat, Johor untuk menyampaikan menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan, kepada golongan MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim) di sekitar DUN Senggarang.

Seramai 13 orang penerima yang layak dikategorikan dalam golongan MOSWAY telahpun menerima sumbangan tersebut yang berupa barang keperluan dapur, beras dan sedikit wang tunai. Penyampaian sumbangan melalui Program Semarak Kasih Ramadhan ini telah disampaikan  oleh Dr. ‘Uyun Adb Malek selaku Pengerusi LKK DMPM. Beliau juga ditemani oleh Ketua Muslimat DMPN Johor iaitu Puan Hjh Atiah dan Pengerusi LKK DMPN Johor, Puan Arbaiyah. Turut hadir bersama memeriahkan lagi program ini ialah, Dr. Ramli, TYDP Kawasan Batu Pahat, Puan Muhaya, Ketua Muslimat Kawasan Batu Pahat, AJK PAS Kawasan Batu Pahat serta AJK DMPK.

Rata-rata semua penerima sumbangan yang telah diziarahi adalah dalam keadaan yang sangat susah. Tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. “Tiada kata yang dapat menggambarkan sayu di hati melihat masih ramai saudara kita di luar sana dibelenggu dengan kesusahan…” begitulah luahan perasaan dari Pengerusi LKK DMPN Johor sewaktu ziarah tersebut.Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan. Sekurang-kurangnya, rakyat yang hidupnya susah tidak merasa dipinggirkan.

Pihak LKK DMPM juga merasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang untuk program Semarak Kasih Ramadhan ini. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

 

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”