Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS tunai hajat warga emas

65
SHARE

Oleh SALMI DIN
30 JANUARI 2023
 
KALABAKAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kalabakan (DMPKK) menunaikan hajat warga emas agar disediakan set kelengkapan solat.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Kalabakan, Irma Nurdin, jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan di wajah Rumah Warga Tua Air Panas apabila menerima barang yang mereka perlukan.

“Program sebegini akan seringkali diadakan kerana golongan ini sangat memerlukan perhatian dan bimbingan ilmu dalam meniti hujung-hujung usia mereka,” ujarnya ketika Program Ramah Mesra Warga Emas, di sini pada Sabtu.

Sebulan lalu, warga emas yang tinggal di Rumah Warga Tua Air Panas meminta disediakan telekung, sejadah dan naskah Al Quran beserta terjemahan.

Mereka turut menyantuni warga emas yang berbangsa Tionghua dengan memberikan hadiah sagu hati.

Sementara itu, menurut Timbalan Ketua DMPKK, Norjanah JamJam pula, ikatan mesra di antara warga emas yang berbilang kaum dan agama bersama muslimat PAS akan sentiasa dipereratkan.

“Ini sebagai tanda kasih-sayang sesama manusia, dan mungkin usia mereka sebaya dengan ibu bapa kita.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Rumah Warga Tua yang menerima kunjungan dan melayan kami dengan mesra,” ujarnya.