Oleh : KHASDI KOSMIN
SEMAMBU, 23 Jan :: Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Luqman Al Hakim (PLAH) telah menyantuni warga Tionghua di Taman Impian di sini.
Guru Besar PLAH, Hidayattun Asyikin Setermizai berkata, program ini adalah untuk mendidik anak-anak PASTI supaya saling hormat menghormati masyarakat pelbagai kaum di sekitar taman tersebut.
Tambah beliau lagi, ia juga dapat merapatkan hubungan anak-anak PASTI dengan masyarakat luar khasnya yang berlainan bangsa dan agama.
Kunjungan anak-anak PASTI dengan pemberian buah limau sebagai buah tangan telah disambut baik oleh masyarakat Tionghua, dan ia sangat menggembirakan hati anak-anak PASTI tersebut.
Program ini turut dihadiri guru-guru PASTI, Ketua PAS Cawangan Taman Impian dan ahli-ahli jawatan kuasa cawangan.