Oleh IBNU JANIE
Foto SHAMSHAHIR SHAMSUDIN
TANGGA BATU, 11 Jan: Pengerusi Pertubuhan Amal Prihatin Negeri Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya berkata, program ‘Cintai Pantai Kita’ yang dianjurkan oleh NGO ini adalah bertujuan untuk mendidik orang ramai bahawa tugas menjaga kebersihan dan kelestarian pantai adalah tanggungjawab semua.
Menurut beliau ini bertepatan dengan konsep kebersihan yang ditekankan oleh Agama Islam yang mana ia menjadi sebahagian daripada Iman.
“Hari ini pada hari Ahad, kami semua berada di Pantai Puteri di Tangga Batu dalam program ‘Cintai Pantai Kita’ yang mana di bawah anjuran Pertubuhan Amal Prihatin Negeri Melaka, bersama dengan Ahli Parlimen Tangga Batu, Tuan Haji Bakri Jamaluddin.
“Kita buat program ‘Cintai Pantai Kita’ ini untuk memastikan kebersihan sepanjang Pantai Puteri ini sebagai memberikan contoh yang baik dan positif kepada pengunjung bahawa Pantai ini adalah milik kita semua,” ujar beliau.
Menurut Ustaz Hafiz, selain sebagai satu tuntutan untuk menjaga kelestarian, persekitaran dan keharmonian, program ini diharap dapat menghidupkan suasana kemeriahan buat pengunjung yang hadir di pantai ini.
“Ini (program) yang pertama. Yang kedua insya-Allah kita akan buat di Pantai Siring. Yang ketiga mungkin di Pantai Tanjung Bidara.
“Seluruh pantai di Negeri Melaka Pertubuhan Amal Prihatin akan memainkan peranan untuk memastikan kelestarian dan keceriaan Negeri Melaka,” ujar beliau kepada Harakah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin berkata, program ini bukan sekadar aktiviti mengutip sampah tetapi yang penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan menjaga alam sekitar.
“Untuk kita memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita menjaga alam ini, menjaga pantai kita, menjaga bumi ini daripada berlakunya pencepatan penipisan lapisan ozon, ini penting.
“Jadi kita harap dengan apa yang kita buat ini sebenarnya ia lebih kepada memberi kesedaran kepada masyarakat dan para pengunjung yang ada,” ujar beliau.
Beliau turut berharap agar program tersebut dapat mencipta kesedaran terhadap orang ramai yang datang ke pantai ini pada hari itu yang bersempena cuti hujung tentang kepentingan menjaga alam anugerah Allah dengan menjaga kebersihannya.
“Dan kita harap mudah-mudahan sikap ini atau pun minda mereka dapat kita bina melalui contoh yang kita tunjukkan. Walau pun kita buat kerja dalam masa dua tiga jam tetapi sebenarnya pelajaran itu dapat mereka ambil sama-sama mereka sendiri menjaga pantai khususnya Pantai Puteri ini sendiri,” ujarnya lagi.
Program yang berlangsung di Pantai Puteri dalam Parlimen Tangga Batu pada petang Ahad lepas ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Amal Prihatin Malaysia dan Pusat Khidmat Parlimen Tangga Batu.
Seramai lebih 100 orang peserta menyertai program ini dari seluruh Negeri Melaka termasuk 45 orang peserta daripada Dewan Pemuda PAS Gombak, Selangor.
(Kredit foto : Grup WhatsApp ‘Cintai Sungai Kita’)
Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.
Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.
Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.
Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.
Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.
JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH