Home Berita PAS Perak

ADUN Pasir Panjang serah khemah kepada Hospital Seri Manjung

882
SHARE

Oleh : Hafiz Green Mart / 31 Disember 2022

LUMUT : Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang telah membuat penyerahan rasmi khemah canopy piramid di Hospital Seri Manjung (HSM), pagi semalam.

Penyerahan rasmi ini telah disempurnakan oleh ADUN Pasir Panjang, YB Tn. Hj. Rosli Abd Rahman kepada Timbalan Pengarah Kanan HSM, Dr. Mohd Fitri bin Mohd Nor berhadapan Wad Kecemasan HSM.

Dr. Fitri berkata, kemudahan khemah ini akan dimanfaatkan sebagai Pusat Servis Medical oleh staff HSM sebagai persediaan awal berhadapan virus Covid-19 kian meningkat kes harian.

“Sumbangan khemah ini adalah hasil kutipan masyarakat sekitar Manjung dan Pusat Khidmat ADUN ini menunjukkan kesedaran dan tanggungjawab sosial komuniti setempat,” kata Hj. Rosli dalam ucapan ringkasnya.

“Semoga kemudahan yang disumbangkan itu dapat melancarkan persiapan dan kesiapsiagaan Pentadbiran HSM”, katanya lagi.

Turut serta di lokasi penyerahan Timbalan Pengarah HSM, Dr. Zarina binti Fuad, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr. Al-Hilmi bin Saad, Ketua Penyelia Jabatan Kecemasan, En. Arumugam Suppiah, Penyelia Jabatan Kecemasan dan Trauma, En. Saudi bin Baharum, Setiausaha PAS Kawasan, Hj. Hamidun Ahmad, Ketua Dewan Muslimat, Hajjah Rohawati binti Abidin.