Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan sumbang keperluan asas untuk Pulau Gaya

241
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
28 Disember 2022

PUTATAN: Pada musim tengkujuh banyak berlaku banjir termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu baru-baru ini. PAS Kawasan Putatan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan membantu mangsa banjir bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sembulan pada 25 Disember 2022.

Bantuan awal keperluan asas diberikan seperti wang tunai, susu, pampers, botol susu, pakaian terpakai dan makanan.

Wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Azra Fazirah Sofwan dan jentera PAS Putatan menyantuni dan bertanya khabar kepada 15 keluarga yang terlibat.

“Apabila berlaku bencana banjir, ini adalah ujian buat kita semua dan orang di sekeliling. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan kepada mangsa yang terlibat.

Tempat yang rendah dan berhampiran sungai atau laut berpotensi menyebabkan banjir kerana hujan yang berlarutan,” ujar Azra.

PAS Putatan mengharapkan masyarakat sentiasa berhati-hati serta bersiap siaga jika berlaku musim banjir. Peka dengan amaran yang diberikan oleh MetMalaysia.