๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐: ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐
PAS Pulau Pinang membantah sekiranya terdapat tindakan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bakal menggugurkan beberapa nama Pengerusi Kariah yang telah terpilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan AJK Kariah sesi 2023-2025.
Hal ini disebabkan mereka yang terpilih ini telah melalui proses pemilihan dan menepati Kaedah 5 Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Pindaan 2003.
Oleh itu, PAS Pulau Pinang menuntut MAINPP mengikuti prosedur sebenar iaitu menggunakan Kaedah 32, menyiasat terlebih dahulu sekiranya pengerusi yang bakal digugurkan namanya ini mempunyai masalah seperti berfahaman sesat, melakukan jenayah dan sebagainya yang dirasakan mereka ini tidak layak menyandang Pengerusi Kariah, bukan semata-mata kerana tidak ‘sebulu’ atau tidak berkenan di mata pihak MAINPP.
Justeru, PAS Pulau Pinang bertegas agar hal ini dipandang serius oleh pihak MAINPP dan perlu hormati keputusan dan pilihan anak kariah sementelah mereka ini dipilih dan dipercayai oleh anak kariah masing-masing.
Semoga mereka ini yang bersedia berkhidmat untuk anak kariah mereka dalam meninggikan syiar Islam dilantik secara sah dalam keadaan adil dan saksama.
๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ณ๐ข๐ ๐๐ข๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ก๐ข๐ฆ
๐ฒ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐จ๐บ ๐ท๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐