Tehran – Lebih 200 orang telah terbunuh apabila pergolakan yang berterusan tercetus di seluruh negara Iran sejak September
Sebuah badan keselamatan dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada hari Sabtu di Iran telah memberikan penilaian rasmi mengenai perkara tersebut.
Majlis keselamatan negara kementerian dalam negeri negara itu juga memberikan angka kematian yang dikatakan sebagai akibat daripada demnstrasi dan rusuhan.
Kenyataan itu menyenaraikan korban termasuk pasukan keselamatan yang terbunuh dalam kekacauan disebut ‘tindakan pengganas oleh pemerintah.
“mereka dibunuh oleh kumpulan yang bersekutu dengan pihak asing, perusuh dan pelaku elemen anti-revolusi bersenjata yang merupakan ahli kumpulan pemisah,” menurut kenyataan itu.
“orang yang tidak bersalah yang telah mati dalam keadaan kucar-kacir keselamatan,” tambahnya tetapi tidak mendedahkan bagaimana mereka dibunuh.
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Amir Ali Hajizadeh, seorang jeneral tertinggi dalam Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), berkata lebih 300 orang telah “mati syahid dan dibunuh” semasa pergolakan itu.
Angka itu lebih rendah daripada yang disediakan oleh beberapa organisasi hak asasi asing, yang meletakkan kematian lebih daripada 400.
Protes meletus di seluruh Iran sejurus selepas kematian Mahsa Amini pada 16 September, seorang wanita berusia 22 tahun yang ditahan oleh “polis moral” negara itu di Tehran kerana didakwa tidak mematuhi kod pakaian wajib.
Pihak berkuasa Iran menuduh Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom dan Arab Saudi berada di belakang pergolakan itu.
Kenyataan badan keselamatan itu pada hari Sabtu juga menekankan peranan campur tangan asing dalam protes, mengatakan negara itu telah berhadapan dengan “perang hibrid” yang dilancarkan oleh negara musuh dan kumpulan media “pengganas”.
“Apa yang disaksikan hari ini oleh rakyat bukanlah protes awam tetapi kemusnahan, keganasan dan ketidakamanan oleh minoriti perusuh,” katanya.