Home Berita PAS Sabah

Ziarah mahabbah dekatkan PAS dan masyarakat

215
SHARE

oleh: Aizal Samsaruddin
6 November 2022

SANDAKAN: Ziarah Mahabbah dekatkan PAS dengan masyarakat, kata Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid.

Menurutnya, ziarah itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama masyarakat.

“Semasa ziarah, kami turut berkongsi pandangan dan cadangan untuk kesejahteraan masyarakat kampung,” kata Sahar selepas program Ziarah Mahabbah Kampung Mangkalinau, Jumaat lepas.

Turut hadir dalam program itu, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, Setiausaha PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain.

Mereka turut menziarahi sebuah keluarga yang kehilangan salah seorang ahli keluarganya, Allahyarhamah Norhazizah Insil.

Dr. Aliakbar yang juga ADUN Sabah (dilantik) turut menzahirkan rasa sedih dan memberi sumbangan wang tunai kepada keluarga tersebut.

Beliau turut mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.