Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah seru keharmonian dan kemakmuran kaum terus dipelihara

110
SHARE

oleh: Aizal Samsaruddin
22 Oktober 2022

SANDAKAN: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyeru keharmonian dan kemakmuran kaum dan agama di negeri ini terus dipelihara dengan baik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sahar Abdul Majid berkata, semua masyarakat di negeri ini perlu berganding bahu tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan politik.

“Perkara ini sangat penting dalam negeri Sabah bagi memastikan semua warga dapat hidup dengan aman dan damai serta mampu berkerjasama dalam memajukan ekonomi negeri Sabah,” katanya ketika ditemui dalam program ziarah bersama masyarakat bukan muslim pada Selasa lalu.

Pada masa yang sama juga, Sahar turut memberitahu bahawa usaha ini juga sangat penting bagi mengelakkan sentimen-sentimen buruk terhadap parti itu.

“Usaha ini sangat penting untuk menangkis segala tomahan dan tuduhan yang jahat terhadap PAS, lebih-lebih lagi bila dalam musim Pilihan Raya kali ini, ia menjadi satu senjata untuk menyerang PAS,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Terdahulu, PAS Sandakan melalui Lajnah Dakwah telah melaksanakan program ziarah ke rumah ibadat bukan muslim bagi mengukuhkan keharmonian kaum.

Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, Isaac Wong Kah Kiet serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Sandakan.