Home Kenyataan Media PAS Johor

22 bulan pemerintahan PH penuh kegagalan

549
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

22 BULAN PEMERINTAHAN PH PENUH KEGAGALAN.

1. Pengalaman hitam 22 bulan yang telah dirasai rakyat menyaksikan bagaimana Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

2. Tatkala diberi kepercayaan oleh rakyat dalam PRU14, Pakatan Harapan tidak melaksanakan manifesto yang telah mereka janjikan malah menafikan pula.

3. Golongan cauvinis dan ekstrimis dalam Pakatan Harapan bagai tikus membaiki labu. Pelbagai dasar dan polisi bukan hanya dirungkai, malah turut menjadi punca pelbagai kekacauan dalam pepaduan dan keharmonian masyarakat.

4. Masakan tidak, sikap anti-Islam Pakatan Harapan yang menebal dan mendalam telah menanam persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

5. Ramai kalangan Pakatan Harapan tidak beriman lantas menjadikan urusan kerajaan menjadi semakin sukar, pincang dan gagal diurus tadbir dengan berkesan.

6. Bukankah Islam dan syariatnya yang didaulatkan mesti menjadi aqidah dan pegangan kerajaan, perlembagaan negara dan segala urusan pemerintahan?

7. PRU15, sebagai anak muda kami tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali, cukuplah pengalaman yang dipersembahkan kepada kami selama 22 bulan itu menjadi pengajaran dan iktibar buat rakyat Malaysia.

ABDUL RAHMAN FAUDZI

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

18 September 2022 | 18 Safar 1444H

#AnakMudaMalaysia

#PemudaGenerasiSejahtera

#MalaysiaSejahtera