Home Berita PAS Melaka

Rakyat positif mahu perubahan – Bakri

147
SHARE
Bakri Jamaluddin

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 18 Sept: Rakyat dilihat positif untuk melakukan perubahan bagi memastikan kerajaan ditadbir oleh ahli politik yang berintegriti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 15,  kata Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka, Bakri Jamaluddin.

Menurut beliau, ini dapat dilihat melalui maklum balas yang diterima beliau sendiri daripada masyarakat melalui ‘Program Jelajah Kasih PAS Negeri Melaka’ yang berlangsung sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, di sini, pagi tadi.

“Hari ini Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka telah mengadakan program turun ke Parlimen Tangga Batu khususnya di DUN Kelebang, di mana saya pernah bertanding dahulu (PRN Melaka ke 15) dalam program Jelajah Kasih.

“Alhamdulillah kita ziarah balik mereka yang pernah memberikan undi kepada kita, yang telah membantu kita dalam pilihan raya lepas.

“Hari ni pun saya duduk di kedai kopi. Nampaknya masyarakat sangat positif untuk melakukan perubahan,” ujar beliau.

Bakri yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu dan juga Mas’ul Pilihan Raya PAS Negeri Melaka berkata demikian kepada WARM-Berita PAS seusai program ini tengah hari tadi.

“Dan hari ini kita dapat menziarahi beberapa orang dari kalangan Al-Malak seperti Pengerusi JPKK, mantan Pengerusi JPKK dan juga Imam Masjid dan sebagainya. Sambutan yang diberi luar biasa

“Kita berdoa semoga mudah-mudahan satu perubahan politik yang baru yang mengutamakan integriti, yang mengutamakan kesejahteraan rakyat akan dapat dibentuk selepas PRU-15 nanti,” ujarnya lagi.

Dalam program yang berlangsung pagi tadi, beberapa orang pimpinan Perhubungan PAS Negeri Melaka telah mengunjungi beberapa rumah tokoh Al-Malak iaitu mereka yang menjadi pemimpin masyarakat dan pentadbiran agama sekitar DUN Kelebang.

Antara pimpinan negeri yang terlibat ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya-3, Ustaz Sudin Nooh, Ketua Penerangan, Ustaz Abu Naufal Nordin, Ketua Dewan Muslimat, Kintan Man, Bendahari, Mohsin Ibrahim, Pengarah Pilihan Raya, Ir Hanim Abas dan mantan calon PAS DUN Serkam, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.

Para petugas telah dibahagi-bahagikan kepada Unit-unit Daerah Mengundi (UDM) di dalam DUN Kelebang bagi mengunjungi rumah-rumah pengundi bagi menjalankan culaan dan mendapatkan maklumat pengundi.

Aktiviti ini melibatkan lebih 130 orang petugas dari semua Kawasan PAS dalam negeri Melaka dan telah berjaya menyantuni hampir 300 buah rumah pengundi.

Terdahulu semua jentera telah diberikan taklimat oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Rafie Ahmad yang berlangsung di dewan Balai Islam Bukit Rambai sekitar jam 9.30 pagi.

Di dalam majlis yang sama Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman turut menyampaikan taujihat sebagai bekalan motivasi kepada para petugas dan melancarkan program ini.


TAKLIMAT DAN PELANCARAN


PEMBAHAGIAN KUMPULAN


BERTEMU AL-MALAK DAN PENGUNDI

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH