Home Berita PAS Terengganu

Pastikan Umno kalah untuk kestabilan kerajaan

191
SHARE
Mohammad Saifuddin – Pemuda Pas Kedah

Oleh: Nasir Abdullah

Alor Setar: Wakil tuan rumah, Pemuda Kedah, saudara Mohammad Saifuddin Hassan memberikan dua formula yang sangat berkesan bagi menjamin kestabilan sesebuah pemerintahan negeri, sebagaimana yang berjaya dilakukan di Kedah.

“Kerajaan Kedah stabil kerana Umno kalah, jadi untuk stabilkan kerajaan, pastikan Umno kalah di tempat anda.

Kedua, hubungan yang baik pimpinan di peringkat negeri akan menghasilkan natijah yang baik kepada kerajaan negeri,” terang beliau kepada dua formula penting itu kepada perwakilan, dalam ucapan penggulungan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Beliau juga membuat permohonan maaf kepada semua perwakilan muktamar kerana isu berkaitan dengan ketiadaan bendera yang dipasang di lokasi muktamar berlangsung.

Timbalan Pengarah Pilihanraya DPPM itu mengakui kekhilafan dan menanggap sebagai berjiwa besar jika mengaku salah, beliau berharap semua perwakilan memaafkan Pemuda PAS Kedah.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegur urusetia Muktamar DPPM tentang ketiadaan bendera PAS sebagai lambang syiar perjuangan.

Sindir beliau, inilah kali pertama beliau menyaksikan ketiadaan bendera dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Muktamar Dewan Pemuda PAS berlangsung selama dua hari dari 1-2 September di Hotel Raia, Alor Star, Kedah.