Oleh IBNU JANIE
Foto LURIMA
TANGGA BATU, 25 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya berkata, perlaksanaan program Konvoi Santai Merdeka Tangga Batu adalah salah satu cara bagaimana anak muda dapat menterjemahkan rasa cinta kepada negara.
Menurut beliau program itu juga menjadi platform untuk menunjukkan kebersamaan PAS dalam usaha mewujudkan keamanan dalam masyarakat.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis perasmian Program Konvoi Santai Merdeka Tangga Batu anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu yang berlangsung di Baitul Qurro Sungai Udang, di sini, pagi semalam.
Ustaz Mohd Hafiz menambah bahawa mencintai tanah air adalah merupakan antara tuntutan Islam berdasarkan sirah apabila Rasulullah SAW terpaksa meninggalkan tanah air baginda iaitu Makkah, baginda meluahkan kesedihan baginda dalam sebuah hadis.
“Dan Rasulullah SAW dalam satu hadis mafhumnya menyebut ‘Wahai Makkah aku amat cinta kamu wahai Makkah. Kalau tidak kerana aku diusir oleh kaumku sendiri di Makkah nescaya aku tidak akan keluar dari kota Makkah ini.
“Maknanya mencintai negara ini merupakan satu tuntutan dalam Islam. Usaha yang kita buat ini perlu ada lahir rasa cinta, menterjemahkan rasa cinta, kepada masyarakat, bahawa kita perlu ada rasa cinta untuk menjaga negara kita ini dengan keharmonian, kemakmuran,” ujar beliau.
Jelas Ustaz Mohd Hafiz, semangat cintakan negara ini sekali gus dapat menjaga negara daripada anasir-anasir yang cuba merosakkan kefahaman Islam dan juga umat Melayu terutamanya di Negeri Melaka ini.
“Insya-Allah semoga dengan program yang ada ini kita dapat menterjemahkan kepada masyarakat bahawa PAS bersedia bersama menjaga keamanan dan bersedia dalam memastikan kemerdekaan kita diterjemahkan sebaik mungkin,” ujarnya lagi.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail di mana beliau telah melepaskan konvoi dari lokasi tersebut yang melibatkan sebanyak 12 buah kereta dan 17 buah motosikal terlibat di dalam program ini yang bergerak melalui jalan raya sekitar Parlimen Tangga Batu.
Turut menyampaikan ucapan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu, Kamarul Ariffin Abdullah Zauaui.
Program yang bermula sekitar jam 9.30 pagi di Baitul Qurro itu berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari di Markaz PAS Pantai Kundur dengan majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu Rafie Ahmad.
Peserta konvoi juga telah singgah di PASTI Al-Fattah 2 di Tanjung Minyak Perdana dan disambut oleh guru-guru dan murid-murid PASTI ini yang turut sama menyanyikan lagu kemerdekaan dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.
Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.
Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.
Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.
Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.
JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH