Home Berita PAS Perak

Ibadah korban PAS Teluk Intan disambut meriah

103
SHARE

Oleh: Ibnu Sam

TELUK INTAN, 11 Julai: PAS Kawasan Teluk Intan dengan kerjasama masyarakat Kampung Banjar telah mengadakan majlis ibadah korban sempena sambutan Perayaan Aidiladha bertempat di Kampung Banjar, pagi tadi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Mohd Azhar Mohd Rafiei berkata majlis tradisi yang diadakan setiap tahun itu sebagai tanda kesyukuran kita dan pada masa sama, meraikan masyarakat setempat dan golongan kurang bernasib baik.

“Aktiviti hari ini tumbangkan 10 ekor lembu dan 2 ekor kambing dibantu oleh ramai anak muda setempat,

“Seperti tahun sebelumnya, majlis bermula dengan melapah daging korban dan memasak bersama-sama dengan masyarakat setempat, bertujuan mengeratkan tali persaudaraan bersama-sama insan yang diraikan.

“Secara keseluruhannya, kita melihat program kali ini lebih meriah dan berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan,” katanya.

Menurut beliau, selepas negara memasuki fasa peralihan endemik dengan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP), sambutan ibadah korban kali ini nampak lebih meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Mereka berasakan Hari Raya Aidiladha kali ini jauh berbeza berbanding dua tahun sebelum ini berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).