Firman Allah S.W.T :
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَسْـَٔلُوْا عَنْ اَشْيَاۤءَ اِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ ۚوَاِنْ تَسْـَٔلُوْا عَنْهَا حِيْنَ يُنَزَّلُ الْقُرْاٰنُ تُبْدَ لَكُمْ ۗعَفَا اللّٰهُ عَنْهَا ۗوَاللّٰهُ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ.
Mafhumnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu bertanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu. Jika kamu bertanyakannya ketika Al-Qur’an sedang diturunkan, (nescaya) akan diterangkan kepada kamu. Allah telah memaafkan (kamu) tentang hal itu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyantun”.
Surah Al-Maaidah : 101
Ayat ini antara lainnya mengingatkan kita agar tidak bertanya atau membangkitkan isu yang boleh menambahkan kesusahan kepada diri sendiri atau orang lain. Ini termasuklah isu provokasi dan persoalan remeh temeh yang tidak membawa faedah kepada diri dan masyarakat.
Kita dapati ada segelintir anggota masyarakat suka bermain isu yang sebenarnya tidaklah menguntungkan diri, masyarakat dan negara. Isu yang ditimbulkan hanya sekadar menimbulkan kecelaruan dan perpecahan di dalam masyarakat.
Justeru PAS Johor menyeru kepada semua agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau yang punya agenda untuk kepentingan peribadi semata-mata dengan membelakangkan kepentingan negara dan rakyat secara menyeluruh.
Jika kita tiada cadangan jalan penyelesaian, sayugianya kita tidak menambahkan bebanan. Konsep Taawun dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan dan bersama menolak perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan perlulah dijadikan pegangan.
‘Islam Menyatukan Ummah’
Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor.