Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu komited lahirkan penulis berkemahiran

123
SHARE

Oleh YUSRIZAL BACO
15 Jun 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu komited untuk melahirkan penulis yang berkemahiran khususnya dalam bidang penulisan berita dan artikel dakwah.

Ketua Penerangan PAS Lahad Datu, Mohd Ahzam Che Mat berkata demikian semasa program Bengkel Penulisan dan Wartawan anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) PAS Lahad Datu di sini, pada Ahad.

Menurut beliau, kemahiran menulis perlu ada pada setiap pimpinan dan ahli supaya dapat menyebarkan mesej dakwah yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

“Dengan adanya program sebegini dapat menggalakkan ahli PAS untuk menulis di media sosial serta mengasah lagi kualiti penulisan sedia ada khususnya mereka yang telah lama terlibat dalam bidang penulisan berita dan dakwah.

“Bidang penulisan amat besar impaknya jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, oleh sebab itu LPMB PAS Lahad Datu akan terus berusaha mengadakan lagi bengkel seperti ini pada masa akan datang,” katanya lagi.

Bengkel wartawan tersebut disampaikan oleh Ketua Unit Berita LPMB PAS Sabah, Suziana Ghani, manakala penulisan dakwah disampaikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Muemin Mohd Amin Japar.

Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu.