Malaysia mulakan langkah kanan di Sukan SEA Hanoi. Harapan emas milik Malaysia, InsyaAllah
Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak merakamkan ucapan TAHNIAH buat pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara yang memenangi perlawanan pembukaan kumpulan B malam ini menentang pasukan Thailand dengan jaringan 2-1.
Ternyata perlawanan malam ini cukup getir dan pasukan bawah 23 tahun bimbingan Brad Maloney telah mempamerkan permainan yang bertenaga sehingga ke minit-minit akhir dan berjaya mendapatkan tiga (3) mata penuh.
Edisi kali ini memperlihatkan beberapa tonggak pasukan diisi pemain-pemain yang berkelana di luar negara seperti Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh yang masing-masing telah menyerlahkan kemampuan masing-masing.
Skuad B23 Malaysia amat berpotensi besar dalam kejohanan kali ini serta perlu kekal positif dan paling penting fokus dalam perlawanan seterusnya.
DACS Perak berkeyakinan dengan kemampuan pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara yang kekal optimis untuk membawa pulang semula pingat emas Sukan SEA acara bola sepak yang dianggap sebagai ibu segala pingat ke bumi Malaysia setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 2011 di Jakarta.
Semoga Berjaya Harimau Malaya!
“Demi Malaysia”
“Sukan Satukan Kita”
ABDUL HADI AZMAN
Pengarah
Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
#SEAGames2021
#LegasiPerjuangan
#PemudaPASPerak
#MemacuPerpaduan