Home Berita PAS Perak

Selamat berjuang kontinjen Malaysia ke sukan SEA Hanoi

170
SHARE

SELAMAT BERJUANG Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Hanoi melibatkan 801 orang kesemuanya yang terdiri daripada 584 atlet dan 217 pegawai.

Sudah tentu semangat ‘Malaysia Boleh’ akan terus disemarakkan bagi menggapai kemenangan dan melakar kejayaan yang akan mengharumkan nama negara khususnya membabitkan penyertaan #AnakMuda.

Malaysia bakal mengambil bahagian dalam 37 jenis sukan daripada keseluruhan 40 yang dipertandingkan melibatkan 338 acara daripada keseluruhan 526 acara.

Dengan iringan doa kita bersama, semoga sasaran 36 pingat emas dalam temasya kali ini dapat direalisasikan, InsyaAllah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga merakamkan ucapan khusus buat atlet daripada negeri Perak, selamat bertanding dan kome mesti buat yang terbaik!.

Semoga Berjaya!

HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

#SEAGames2021

#PemudaPASPerak

#LegasiPerjuangan

#MemacuPerpaduan