Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Al-Quran petunjuk jalani hidup

63
SHARE

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Al-Quran, kalamullah yang menjadi petunjuk kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian dengan tidak melanggar batas halal dan haram.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata buktinya jika mematuhi ajarannya seseorang itu akan menjadi insan bertakwa, walaupun melampaui fikiran kita.

“Jalan betul satu sahaja dan cabangnya banyak dan syaitan pun ramai,perubahan dalam diri kita ni ikut al-Quran tak?” soal beliau.

Beliau yang dijemput untuk menyampaikan tazkirah sementara menunggu waktu berbuka di Majlis Iftar bersama Dewan Undangan Negeri(DUN) Pengkalan Berangan di Masjid Durian Guling di sini pada 23 April lalu.

Menurutnya, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memilih bulan Ramadan untuk meurunkan al-Quran kerana untuk mendidik hawa nafsu.

“Jasad , roh , hawa nafsu tetap dalam diri manusia, berbeza dengan malaikat, pohon kayu dan sebagainya.”

” Tujuan kita berpuasa untuk letakkan sifat taqwa dalam diri. Taqwa ni kita jaga diri kita macam takut buat dosa, takut lawan Allah,” katanya.