Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis adakan Sambutan Nuzul Quran dan Badar Kubra

124
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 21 Apr: Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat telah menganjurkan Sambutan Nuzul Quran dan Badar Kubra bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) malam tadi.

Lebih 100 orang hadir pada program tersebut.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahya serta Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Saleh antara yang dijemput hadir.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli serta kepimpinan PAS di peringkat kawasan dan dewan di negeri ini.

Program bermula dengan majlis iftar jamaie, disusuli dengan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Turut diadakan, sesi tazkirah khas yang disampaikan oleh Dato’ Ahmad Yahya.