Home Kenyataan Media PAS Kedah

Sebuah keluarga hilang tempat berteduh

208
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Sebuah keluarga di Kampung Tualak, Kuala Nerang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.40 pagi, pada Selasa.

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun menziarahi keluarga mangsa.

Menurut mangsa kejadian, Ahmad Ibrahim, beliau tinggal empat beranak di rumah tersebut.

“Segala barangan dalam rumah tidak dapat di selamatkan dan musnah terbakar kerana api begitu cepat merebak.

“Punca kebakaran adalah berlaku lintar pintas,” ujar beliau.

YdP Azam turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada pakcik Ahmad sekeluarga.

Semoga keluarga pakcik Ahmad tabah menghadapi ujian dari Allah di saat bulan Ramadhan yang mulia ini.

Keluarga Ahmad turut menerima sedikit sumbangan dari HALWA JPrD Kuala Nerang yang di sampaikan oleh Puan Sayani Marzuki.