Seperti yang dijangka, Wakil UMNO Terengganu ke PAU tidaklah begitu jantan. Jika sebelum ini menyampaikan ucapan yang penuh dengan kekeliruan, kini bersembunyi dibelakang pemuda yang menulis dengan hujah bersimpang siur.
1. Lucu membaca tulisan Ketua Pemuda UMNO ini, kononnya mereka memaafkan, namun Wakil UMNO Terengganu itulah yang berkobar-kobar menjadikan perkara yang kononnya mereka maafkan sebagai hujah utama kepada penolakkan kepada Muafakat Nasional.
2. Saudara jangan menafikan modal lapuk Amanat Haji Hadi menjadi sebab penolakkan UMNO kepada Muafakat Nasional, ini terbukti dengan kenyataan daripada Nik Dir, Ketua Penerangan UMNO yang mengatakan kerana Amanat Haji Hadi beliau bersama tujuh Ketua UMNO Bahagian di Terengganu menolak usaha untuk mewujudkan gagasan antara dua parti menerusi MN. Sungguh lapuk.
3. Berani betul saudara berbicara soal bersih tak bersih, mengambil pula isu yang masih dalam siasatan. Tidakkah saudara sedar bahawa parti saudara itu dipimpin oleh mereka yang daripada kluster mahkamah dan ada yang telah dijatuhkan hukuman bersalah? Usah saudara menjadi ketam mengajar anaknya berjalan. Lebih baik saudara ambil masa asingkan diri ke Taman Ilmu ataupun Strawberry Park merenung integriti parti saudara.
4. Tidak perlulah saudara menafikan hakikat tiadanya usaha daripada UMNO terutamanya Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang setiap masa menjadikan “tiada kerjasama PAS-UMNO di Terengganu” sebagai ratiban kenyataannya. Usahkan saudara menjadi benteng kepada YB Ahmad Said yang sudah masyhur seantero negara akan perangainya.
5. Kenapa pula saudara gelisah dengan cadangan PAS untuk mengekalkan status quo 6 kerusi parlimen dan 22 kerusi DUN. Bukankah 8 bulan sebelum cadangan PAS ini, ADUN Hulu Besut daripada UMNO berucap dalam Persidangan DUN Terengganu, pada November 2019 telah mencadangkan PAS-UMNO bertanding sesama sendiri di 32 kerusi. Sepatut saudara tidak perlu sakit hati, malah berterima kasih kepada PAS kerana mahu bertanding 22 DUN sahaja bukannya 32 DUN sebagaimana cadangan bernas YB UMNO.
6. Kenyataan saudara telah membenarkan usaha kerajaan Terengganu yang telah memberikan peruntukan RM 250 ribu kepada ADUN UMNO, suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO sejak mentadbir kerajaan Terengganu. Walaupun diulang-ulang mahu tandingi semua kerusi dan diratib tiada kerjasama di Terengganu, namun peruntukkan ini tetap juga dapat kepada ADUN UMNO.
7. Saya berharap saudara dapat merenung jauh-jauh dan janganlah menjadi belasahan orang kerana mempertahankan mereka yang tiada kredibiliti. Elakkan juga saudara dari berpihak kepada Kluster Mahkamah, tidakkah kerana mereka UMNO tewas PRU14. Bukankah menggunakan cara yang sama untuk mendapat hasil berbeza itu suatu kedangkalan berfikir.
8. Akhirnya, saudara tolong sampaikan pantun yang saya nukilkan khusus buat Wakil UMNO Terengganu.
Dibelakang Pemuda Tuan Bertahan
Hanya Berani Di Majlis Sendiri
Patutlah YB Tiada Jantan
Kerana Telur Diambil Puteri
Sekian, terima kasih.
Irsyad Syafiq Burhanuddin
Ketua Penerangan DPPNT