Home Berita PAS Pahang

Sekalipun gagal juara, pasukan Indera Mahkota gembira dirai ADN Beserah

102
SHARE
Oleh: HABSAH ALI
INDERA MAHKOTA, 21 Mac :: Sekalipun gagal menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda PAS Pahang yang telah berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka kelmarin, pasukan pemuda Indera Mahkota tetap menghargai motivasi dan semangat yang telah diberikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu sebelum itu.
Semangat dan motivasi itu telah di sampaikan secara santai di Taman TBJ Chengal Lempong sehari sebelum keberangkatan mereka ke Jengka.
“Jadi sebelum mereka bergerak ke Jengka, kita beri sokongan dan semangat kepada mereka.
“Ini adalah merupakan salah satu daripada program yang besar Negeri Pahang dan kita harap pemuda Indera Mahkota dapat bergerak dan  menarik seramai mungkin pemuda-pemuda di Indera Mahkota untuk sama-sama menyertai apa saja program yang kita buat ini di masa yang akan datang,” ujar Andansura Rabu.
Sebelum itu anak- anak muda ini telah berjaya melayakkan diri mereka mewakili peringkat Zon Timur di bawah Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota yang melayakkan mereka menyertai Grand Final Piala Ketua Pemuda PAS Pahang.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota, Ahmad Azlan Abu Bakar yang turut sama ke Stadium Tun Abdul Razak Jengka, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain termasuk pemain dari Jabatan Seni Budaya dan Sukan (DACS) Indera Mahkota atas semangat juang yang tinggi dan tidak berputus asa.
“Semoga ini memberi tonik tambahan dalam menghadapi kejohanan yang mendatang, disamping membuktikan bahawa Pemuda PAS mesra anak muda tidak jumud kepada politik, dakwah dan tarbiah sahaja sehingga meninggalkan minat anak- anak muda untuk bersukan dan sebagainya.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan dari Cameron Highland telah berjaya menjadi juara, manakala pasukan dari Jerantut adalah Naib Juara.