Home Kenyataan Media PAS Melaka

DMPKMT | Ucapan Selamat Hati Wanita Sedunia

1239
SHARE

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

8 MAC 2022

Rasulullah SAW pernah bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏
(Riwayat Muslim)

Wanita, berbanggalah kerana dilahirkan sebagai wanita. Islam sangat mengangkat darjatmu. Justeru itu, hargailah diri dengan memelihara aurat dan dihiasi dengan akhlak yang baik.

Wanita, tidak kira di lapangan mana dirimu berada, percantikkan diri dengan keindahan akhlak dan sudah pasti takwa seorang wanita itu akan menyerikan lagi dunia sebagai sebaik-baik perhiasan.

Semoga dirimu menjadi seorang Muslimah yang dipandang mulia di sisi Allah, berjiwa kental, mempunyai kesabaran yang tinggi serta menjadi sebaik-sebaik anak, isteri dan ibu yang tidak kenal erti penat lelah.

Justeru itu, di kesempatan ini, mewakili Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah dan Ameerah Masjid Tanah, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA.

Jadilah wanita yang kental serta berani menghadapi cabaran mendatang.

PUAN HAJAH AZIAH MD SAAD
Ketua Dewan Muslimat PAS
Kawasan Masjid Tanah.

Selamat Hari Wanita Sedunia,
“Saksama Bersama”