Home Rencana PAS Johor

Warkah : Berjiwa besar dan kental, usah berhati tisu

184
SHARE

WARKAH PERANG 3.0 : KERJA BERJEMAAH

بسم الله الرحمن الرحيم

{ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِهِۦ صَفࣰّا كَأَنَّهُم بُنۡیَـٰنࣱ مَّرۡصُوصࣱ }
[Surah As-Saff: 4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

1. Kita sangat bersyukur kerana dipilih Allah SWT berada jemaah yang sentiasa memikirkan tentang Islam dan kita kena usaha sebaik mungkin untuk memastikan syariat Islam tertegak dalam diri dan tanah air kita.

2. Untuk laksanakan Islam perlu kepada organisasi yang tersusun, maka wajib kepada kita untuk menyusun organisasi jemaah dengan baik.

3. Konsep terbinanya organisasi adalah seperti sebuah rumah, perlunya ada simen, pasir, bata,besi, pintu, tingkap dlln. Itulah konsep kita dalam jemaah ada yang tukang pacak bendera, ada yang berceramah, ada yang menaip, menulis, memerah idea, tukang bancuh air dlln lagi. Tapi semuanya berada dalam jemaah yang memikirkan kemenangan Islam.

4. Pesanan Saidina Ali Abi Talib “Kebenaran yang tidak tersusun boleh dikalahkan Kebatilan yang tersusun”.

5. Di saat kita dalam medan perang semua perlu memainkan peranan masing dan perlu kepada dengar dan taat kepada pangliman perang. Jangan ingkar dan alpa peranan dan arahan pimpinan. Kita berusaha untuk laksankan yang terbaik. Ingat kembali peristiwa Perang Uhud.

6. Tempoh perang ini juga kita kena kental dan jiwa besar jangan ada yang hati tisu dan merajuk jika tidak dilayan atau diberi perhatian sebaliknya kita yang usahakan diri kita berfungsi dalam medan perang. Merajuk perkara biasa tapi melayan orang merajuk buang masa!

7. Ingat pesanan Saidina Umar Al Khattab “Jangan tanya apa yang Islam berikan kepada kita, tapi kena tanya apa yang kita sumbangkan untuk Islam”.

8. Ayuh!! Sahabat kita gembleng kekuatan bersama dalam medan perang jadilah perasai utama untuk kemenangan Islam.

Sahabat…..saat ini kita adalah TENTERA 🤺 bukan PETANI 🎣..!!!

وحدة الفکر وحدة العمل

Ikhlas dari sahabatmu
USTAZ AZLAN HAJI ALIAS
Timbalan Ketua Pemuda,
Ketua Jentera Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

#UndiPN
#PerikatanNasional
#DemiBangsaJohor