Home Rencana PAS Wilayah

Israk Mikraj: Ujian Keimanan Meniti Jalan Perjuangan

219
SHARE

Israk Mikraj: Ujian Keimanan Meniti Jalan Perjuangan

Israk Mikraj menjadi antara titik masa yang penting sepanjang sirah kenabian Rasulullah SAW.

Peristiwa ini diceritakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Israa’: 1)

Pada saat inilah masyarakat Mekah diuji dengan ujian keimanan sebenar apabila perlu mempercayai perjalanan Nabi yang begitu tidak masuk akal. Berapa ramai yang mengatakan Nabi gila, namun peristiwa ini juga menyaksikan keteguhan iman Saidina Abu Bakar sehingga digelar As-Siddiq.

Begitulah sunnah perjuangan ini, tidak semua akan yakin dan percaya. Bahkan Nabi yang maksum dan digelar Al-Amin itu sahaja sampai dikatakan gila, apatah lagi perjuangan PAS ini yang digelar dengan macam-macam tuduhan.

Namun yang memahami, akan tetap bersama, akan tetap berjuang walau dalam senang dan susah. Semoga Israk Mikraj ini menjadikan aqidah kita lebih teguh dan seterusnya menjadikan kita tetap berjuang menegakkan agamaNya.

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Menyatukan Ummah

Wilayah Sejahtera

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
1 Mac 2022 l 27 Rejab 1443H