Home Berita PAS Perak

Pertahan keislaman tiga anak muallaf, sah disisi undang-undang agama Perlis

204
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

PERTAHAN KEISLAMAN TIGA ANAK MUALLAF, SAH DISISI UNDANG-UNDANG AGAMA PERLIS

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Ipoh Timur mengecam kenyataan pemimpin DAP, P Ramasamy bertajuk ‘Penukaran Agama Secara Unilateral Di Perlis? Perasaan Situasi Yang Berulang Lagi’ yang mempunyai istilah pengislaman ‘unilateral’, penculikan, manipulasi, paksaan dan ancaman dalam mengulas isu hak penjagaan tiga anak ibu tunggal dikenali Loh Siew Hong

Hakikatnya, pemelukan Islam anak-anak tersebut adalah atas dasar kerelaan mereka sendiri bersama bapa mereka, Nagashwaran Muniandy malah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Perlis pada masa tersebut.

Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis yang membenarkan pengislaman anak-anak dibuat dengan persetujuan salah seorang ibu atau bapa menunjukkannya sah dan mestilah dipertahan.

DPPK Ipoh Timur mengingatkan supaya P Ramasamy menghormati ketetapan undang-undang serta berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati umat Islam dan menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

DPPK Ipoh Timur juga menyeru semua pihak menghormati Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan dan menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan isu berkaitan agama di negara ini.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

AHMAD SOBRI ABDUL LATIF
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur

#KenyataanMedia
#PemudaPASIpohTimur
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan