Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS bantu mangsa kebakaran Kudat

82
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
24 Februari 2022

PUTATAN: Dewan Muslimat PAS Sabah melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK), Lajnah Dakwah (LD), Ameerah dan Briged Muslimat bersama Khidmat Malaysia Sabah membantu mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Sahar Abdul Majid, pihaknya akan cuba membantu mangsa yang tiada tempat tinggal selepas keluar dari pusat penempatan sementara (PSS) ini.

“Saya dimaklumkan mangsa perlu mencari penempatan sendiri selepas keluar dari PPS dan ada sebahagian keluarga tiada tempat untuk mereka tinggal,” ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Beliau sempat berpesan kepada mangsa supaya yakin dan percaya dengan apa yang telah diambil ini akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

“Sekiranya kita bersyukur di atas nikmat yang diberikan, nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita semua dan diharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban para mangsa,” ujarnya lagi

Seramai 45 orang petugas turut serta mengagihkan sumbangan bakul makanan, keperluan wanita, set barangan bayi dan kanak-kanak, al-Quran dan kit ibadah seperti buku agama, telekung, kain pelikat serta sejadah di PSS Dewan Tun Mustapha.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Ketua Ameerah Sabah, Hasima Abu Nawas, Ketua Briged Muslimat Negeri, Fatinah Az-Zahra, AJK LD DMPNS Siti Arma Abu Bakar, Sekretariat LKK PAS Sabah, Mustaqim Aling, Timbalan Pengerusi Sabah Relief, Tarmizi Yahya dan Yang Dipertua PAS Kudat, Ahmad Kapok.

Terdahulu sebanyak 179 buah rumah atas air di Kampung Landung Ayang hangus terbakar pada 16 Februari lepas. Bagaimanapun, dilaporkan tiada mangsa terkorban dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.20 petang itu.