KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAIPING
22 Februari 2022 | 20 Rejab 1443
P. RAMASAMY JANGAN BERMAIN API DALAM ISU KEAGAMAAN
Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Taiping turut bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam isu mempertahankan ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong yang telah memeluk Islam secara sukarela bersama bapa mereka, Nagahswaran Muniandy sekitar bulan Julai 2020.
DPPK Taiping menyelar tindakan provokatif pemimpin DAP, P. Ramasamy yang telah mendakwa kes berkenaan membabitkan penculikan dan paksaan memeluk Islam. Sebaliknya tidak ada sebarang sekatan dibuat pihak penjaga kepada ketiga-tiga anak tersebut untuk bertemu dengan ibu mereka.
Peringatan dan amaran keras diberikan kepada pihak tertentu supaya jangan bermain api dalam isu keagamaan yang boleh menggugat keharmonian negara sedangkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mesti dihormati dalam keadaan penganut agama lain dijamin oleh Perlembagaan mengenai hak dan kebebasan mengamal agama mereka.
Menurut ajaran agama Islam yang sebenar, masyarakat yang menganut agama lain tidak perlu bimbang kepada ‘paksaan’ kerana agama Islam tidak membenarkan umatnya membuat paksaan bagi tujuan pemelukan kepada agama Islamsebagaimana Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 157.
Justeru, DPPK Taiping menyeru seluruh umat Islam di dalam negara ini dapat bersatu hati mempertahan keislaman dengan menyuarakan solidariti terhadap isu ini dan diberikan keteguhan akidah Islam di dalam diri anak-anak tersebut.
Sekian, terima kasih.
“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”
AMAR JAMALUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping
#KenyataanMedia
#PemudaPASTaiping
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan