Home Berita PAS Terengganu

Pengorbanan pimpinan terdahulu dijadikan iktibar

112
SHARE

KEMAMAN – Sejarah pengorbanan pemimpin terdahulu perlu dijadikan pengajaran yang baik untuk kita terus mendapat tempat dihati masyarakat kini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, YB Ustaz Che Alias Hamid berkata, Parti Islam itu mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi sejak penubuhannya, 70 tahun lalu.

“Akhirnya Parti Islam Semalaysia (PAS) bertapak dipesada arena politik negara dengan segala cabaran ditempuhi, ia perlu diambil manfaatnya.” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sambutan 70 Tahun PAS Malaysia Peringkat Dearah Kemaman di Padang Astaka kelmarin.


Menurutnya, tujuan program itu diadakan adalah untuk melihat kebersamaan masyarakat Kemaman dengan kerajaan PAS dalam menguruskan negeri Terengganu.

“Tujuan karnival ini juga adalah untuk melihat agar rakyat kita bergerak seiring dengan kerajaan yang ada dalam membentuk pembangunan samada sosial maupun rohani,” katanya.

Karnival yang diadakan selama tiga hari melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bermula 27 sehingga 29 Januari 2022.

Pelagai aktiviti disajikan termasuk sukan, pertunjukan silat dan haiwan, Funride, booth pameran, gerai jualan, hiasan rumah setiap DUN, kuliah dhuha, forum dan kemuncaknya adalah ceramah perdana pada malam terakhir.