Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | Hentikan budaya buli

584
SHARE

HENTIKAN BUDAYA BULI

Sangat terkesan di dalam seluruh jiwa rakyat Malaysia dengan pemergian Allahyarham Zulfarhan Osman akibat dibuli oleh rakan-rakan seasramanya.
Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar menyelar budaya buli dikalangan pelajar asrama yang dilihat tersasar jauh dari budaya teras iaitu budaya ilmu.
Budaya buli ini terkadang dilihat sudah menjadi normalisasi dikalangan rakyat Malaysia

Budaya buli turun temurun ini perlu ditamatkan sesegera mungkin dengan bantuan pihak sekolah atau pengurusan. Pihak berwajib juga perlu memainkan peranan penting di dalam mencegah budaya buli ini daripada terus berulang.
Cadangan daripada Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Kangsar
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.

Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.

Antara cadangan kami ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.

Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan oleh kerajaan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli.

Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Akhir kata, Mari kita bersama mengambil pengajaran daripada hadis Rasulullah SAW:

Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MOHD MUJAHIDIN MUSA
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar