Home Berita PAS Perak

AMEERAH Perak gera ketegasan penguatkuasaan undang-undang

106
SHARE

๐—”๐— ๐—˜๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—š๐—˜๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š-๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š

1. Ameerah Perak memandang serius segala bentuk normalisasi hubungan songsang lesbian, gay, biseksual, transeksual, dan queer di negara ini kerana ia amat bertentangan dengan norma agama dan fitrah penciptaan manusia.

2. Allah swt telah menegaskan dalam Al-Quran bahawa perbuatan homoseksual ini adalah amat keji dan menggambarkan azab pedih yang ditimpakan ke atas kaum Nabi Lut AS sebagaimana yang disebutkan dalam Surah Al-Aโ€™raf ayat 80-84.

3. Penularan satu siri tempatan,โ€œStay Away From Meโ€™โ€™yang diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis Blued mengisahkan kisah cinta pasangan sejenis yang telah melibatkan influencer Muslim berusia 17 tahun sebagai pelakon bukan sahaja mengancam kesejahteraan awam bahkan lakonan tersebut berisiko mempengaruhi generasi muda ke arah budaya songsang dan melanggar undang-undang.

4. Justeru Ameerah Perak,menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penerbit,penyebar dan produksi yang terbabit dalam penerbitan siri ini kerana sesiapa yang melakukan perbuatan yang berunsur sumbang, lucah, palsu atau jelik sifatnya secara fizikal atau atas talian boleh disabitkan sebagai kesalahan jenayah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Kanun Keseksaan.

5. Ameerah Perak turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, menyekat aplikasi Blued ini bagi menghalang sebarang bentuk cubaan normalisasi budaya songsang di negara ini demi kesejahteraan negara.

๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ข๐—บ๐—ฎ๐—ฟ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—บ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ
๐Ÿต ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฐ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—น๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฏ ๐—›

#AmeerahPerak
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS