Home Rencana PAS Selangor

Buli bukan budaya kita – DPPK Bangi

76
SHARE

May be a cartoon

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi

Kes kematian Allahyarham Zulfarhan mengajarkan kepada kita bahawa perbuatan buli ini tak mendatangkan manfaat dan faedah. Bahkan buli yang berlebihan boleh membawa kepada depresi, kemurungan dan kematian.

Buli secara fizikal mungkin ramai yang sedar akan keburukannya. Tapi tahukah kita bahawa ada buli yang lebih bahaya dan makin membarah dalam masyarakat kita?

Itulah Cyberbully!

Dalam era moden ni, hampir semua aktiviti seharian kita berdasarkan kepada digital. Hubungi orang guna WhatsApp. Layan content guna Facebook, Twitter dan Instagram. Hatta buat meeting pun online sekarang.

Cyberbully ni terjadi apabila seseorang itu tidak suka dengan pendapat seorang individu, lalu dia mengutuk bahkan ada yang menghina tubuh badan orang tu.

Budaya sebegini kadang kita tak sedar ia makin membarah dalam kalangan kita. Akibatnya, seorang itu akan mengalami depres yang boleh membawa kepada bunuh diri.

Jadi, marilah pakat sedar dan perbaiki balik amalan kita. Jauhi buli dan jagalah percakapan seharian kita. Akhlak kita di media sosial mencerminkan akhlak kita di dunia nyata.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor