Home Berita PAS Selangor

Komuniti India diraikan – PAS Kawasan Sungai Besar

59
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SEKINCHAN, 2 November – Sambutan Deepavali yang bakal disambut oleh komuniti India pada hari Khamis ini telah diraikan awal dengan agihan ayam dan ikan sejuk beku serta bungkusan kasih Deepavali oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Besar pagi tadi.

Program yang diadakan di Dataran Kuil Sri Mathurai Veeran, Sekinchan dan Dataran Dewan Terbuka, Bagan Sungai Besar telah menggembirakan komuniti India setempat sebagai persiapan menyambut Deepavali.

Ustaz Mohd Fadzin Taslimin dan YB Muslimin Yahaya turun padang menyerahkan sumbangan serta beramah mesra dengan penerima yang hadir.

Kemajmukan kaum yang ada dalam Parlimen Sungai Besar ini menambahkan lagi seri dan perpaduan yang terbina dalam konsep Keluarga Malaysia yang menjadi aspirasi Perdana Malaysia.

“Kepelbagaian budaya dan kemajmukan kaum yang ada di sini bukan menjadi penghalang untuk kita bermasyarakat. Semua kaum perlu kita dekati dan jaga kebajikan mereka supaya sama-sama dapat merasa keunikan dan keindahan ciptaan Allah” ujar Ustaz Mohd Fadzin.

Turut hadir dalam menyampaikan sumbangan ialah Ustazah Meseripah Sirat dan ahli jawatankuasa PAS Sungai Besar serta sukarelawan dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Besar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor