Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
KAPAR, 28 Oktober- PAS Kawasan Kapar telah turun menyantuni dua buah keluarga yang terlibat dengan tragedi rumah terbakar pada malam kelmarin di Jalan Othman Baru, Rantau Panjang, Klang, Selangor.
Turut bersama hadiri ziarah tersebut termasuk YDP PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Pengarah JPrDM Sementa, Saudara Ishak Maarof serta beberapa pimpinan PAS dan PASTI Kawasan Kapar.
Dilaporkan bahawa kebakaran yang berlaku adalah berpunca daripada litar pintas dan melibatkan dua buah rumah dalam tragedi tersebut. Salah satu daripada rumah tersebut, didiami oleh En Fadhil sekeluarga dimana anaknya merupakan seorang perlajar di PASTI Al-Ikhwanul Muslimin, Kapar.
“Tuan rumah mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan kami dan bersyukur kerana sebahagian besar rumah mereka dapat diselamatkan”, jelas PAS Kapar.
PAS Kapar menzahirkan rasa syukur kerana, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian tersebut. Kedua-dua keluarga ketika ditemui dalam keadaan tenang dan redha dengan ujian yang mereka hadapi.
“Moga Allah Yang Maha Kaya lagi berkuasa akan menggantikan harta yang musnah dengan yang lebih baik”, ujar Ust Noor Najhan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor