Home Rencana PAS Selangor

Terangkat satu taklifan bebanan dalam DPPNS – Mantan Naib KP PAS Selangor

58
SHARE

May be an image of 5 people, people sitting and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar
Mantan Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Begitulah penglibatan kami dalam gerak kerja Dewan Pemuda PAS Selangor. Semalam, merupakan Mesyuarat Agung Tahunan terakhir bagi diriku sepanjang terlibat dalam Pemuda PAS Selangor.

Mula terlibat sebagai AJK DPPNS sejak tahun 2015 dengan Ketua Pemuda PAS Selangor ketika itu Ustaz Syarhan Humaizi Halim . Waktu itu ditaklifkan sebagai Pengarah DACS Negeri Selangor. Setelah 2 penggal berkhidmat, kemudian ditaklifkan pula sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dengan portfolio Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat (TSKM) sehingga semalam. Di bawah TSKM ada 5 lajnah besar iaitu Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Lajnah Kebajikan, Lajnah Perpaduan Nasional, Lajnah Dakwah dan DACS/ARC.

Apabila usia telah menginjak ke 40an, maka tiba masanya baton kepimpinan Pemuda ini diserahkan kepada individu lain sesuai dengan syarat umur kepemudaan. Rasa cepat masa berlalu. Mula terlibat dengan gerak kerja Pemuda PAS di Selangor pada tahun 1999, ketika di alam kampus. Membantu gerak kerja pilihanraya di Gombak. Kini sudah 22 tahun masa berlalu. Separuh hidupku untuk gerak kerja kepemudaan di Selangor, alhamdulillah. Semoga dikira sebagai amal jariahku bertemu Rabuljalil.

Gembira melihat DPPNS tidak ketandusan para pelapis yang akan meneruskan mata rantai perjuangan ini. Terima kasih kepada Ustaz Hanafi Zulkapli selaku mantan Ketua Pemuda PAS Selangor dan sahabat-sahabat pimpinan yang bersama dalam kepimpinan DPPNS sesi lepas.

Tahniah kepada adinda Ust Sukri Omar yang kini menggalas tugas sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang baru pula. Semoga kita terus istiqomah demi Islam.

Sabda Nabi saw,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”

(HR. Bukhari, no. 6607)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor