Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
SHAH ALAM, 25 Oktober – Majlis perasmian Bangunan PAS Selangor di Shah Alam oleh YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS semalam. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi dan pimpinan PAS Negeri serta mantan Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan veteran PAS.
Bangunan ini dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM1.3 juta tanpa sebarang pinjaman institusi kewangan tetapi hasil dari pembiayaan dan sumbangan ahli-ahli dan penyokong PAS khasnya di Selangor. Sepanjang 10 tahun pelbagai program dan acara dianjurkan untuk menampung kosnya sehinggalah selesai sepenuhnya menjelang 2021 ini.
Bangunan tiga tingkat di tengah bandaraya Shah Allam ini menempatkan Pejabat Pentadbiran parti dan Pejabat Pesuruhjaya dan SU Perhubungan di tingkat satu, tingkat dua Dewan Mesyuarat dan tingkat tiga Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Nilainya pasarannya kini dianggarkan mencecah RM3 juta.
Tahniah ahli-ahli PAS Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor