Home Rencana PAS Selangor

Keseimbangan penting dalam kehidupan – DMPK Hulu Langat

107
SHARE

May be an image of bird and outdoors

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat

Dalam Al-Quran telah diceritakan mengenai sayap burung,

وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا طَٰٓئِرٖ يَطِيرُ بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُمۚ مَّا فَرَّطۡنَا فِي ٱلۡكِتَٰبِ مِن شَيۡءٖۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ يُحۡشَرُونَ

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)”.

[Surah Al An’am 6:38]

Ibrah ayat:

Kita disebut sebagai dabbah sama seperti binatang melata melainkan kita belajar untuk mengetahui dan menjadikan ayat ayat Quraniyah dan ayat-ayat kauniyah (pemerhatian kepada alam) sebagai pedoman kehidupan dan menghayati kebesaran Allah dan mengagungkanNya.

Kata Ibnu Qayyin Al Jauzi, burung mempunyai dua sayap. Keseimbangan burung boleh diambil ibrah sebagai keseimbangan kauf (takut) dan raja’ (harap) bagi manusia dalam menjalanj kehidupan.

Ia boleh juga dilihat sebagai keseimbangan sabar dan syukur supaya tidak tersasar dari jalan yang lurus.

Ayat ini dapat diperhatikan dalam Surah Al Mulk ayat 19 dan 20.

Allah bawa cerita burung dengan sayapnya. Ayat ke 22,ayat berkaitan sama kah seorang yang berjalan lurus dengan orang yang tersungkur berjalan di atas mukanya.

Wallahu a’lam.

23 Oktober 2021 | 16 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor