Home Berita PAS Sarawak

Program Sumbangan Ramadan “1 Keluarga Sekampit Beras” bersama PAS Santubong

442
SHARE

Kampung Buntal – Alhamdulillah pada 18 Jun 2017, seramai 25 orang yang terdiri daripada penduduk Kampung Buntal telah menerima sumbangan sekampit beras sekaligus menjayakan program sempena Ramadan yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Santubong bertempat di Restoran Makanan Laut Pak Ladi yang terletak berhampiran pantai di hulu Kampung Buntal.

Sumbangan beras telah disampaikan oleh Encik Hishammudin Hasiff merangkap Yang diPertua PAS Kawasan Santubong. Program sumbangan ini disambut baik oleh penduduk kampung yang rata ratanya bekerja sebagai nelayan. Program ini juga dihadiri oleh Ustazah Juwairiyah Binti Hj Matdin yang merupakan Timbalan Yang diPertua PAS Kawasan Santubong. Semoga sumbangan ini dapat membantu bagi persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.