Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Kata PM Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin terbaik. Baginda memperkenalkan dasar yang jelas, melahirkan kestabilan politik dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi.
Lantas kita umatnya perlu mencontohi dan mengikut gerak dan jejak langkahnya pada setiap waktu dan ketika.
Kestabilan politik dizaman Rasulullah SAW berjaya Baginda wujudkan selaras dengan tuntutan al Quran apabila permuafakatan umat Islam dicapai dengan dengan perpaduan ummah yang kukuh.
Kunci kepada perpaduan yang membawa kepada kestabilan politik dizaman itu tidak syak lagi adalah Islam.
Umat Islam tidak boleh berpecah belah dan bercerai berai sebagaimana masyarakat Arab sebelum Islam, kerana ia membawa kepada porak peranda dan kekacauan. Apatah lagi dalam negara kita yang umat Islamnya walau majoriti tetapi punya rakyat yang bukan Islam minoriti yang bilangannya boleh menggugat kekuatan politik ummah kiranya mereka bersatu dan umat Islam pula berpecah sebagaimana kita lihat dalam PRU ke-14 lalu.
Bersama PM mengangkat Rasulullah SAW sebagai model ikutan. Moga disambut oleh semua kepimpinan Islam lain demi menjiwai perjuangan junjungan kita.
Salam Malidur Rasul SAW.
20 Oktober 2021 | 13 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor