Oleh: Natasya Samsure
PAPAR: PAS Kawasan Papar turun ziarah mangsa kebakaran sejurus sahaja menerima khabar sebuah keluarga ditimpa musibah kebakaran pada malam semalam.
Kejadian yang berlaku di Kampung Suangon, Kinarut telah menyebabkan sebuah rumah hangus dijilat api dan tiada yang dapat diselamatkan.
Ustas Tuan Redzuan Tuan Soh Bendahari PAS Papar hadir ke tempat kejadian untuk menziarahi Kining Nunggo sekali gus menyampaikan sumbangan wang tunai daripada PAS Papar.
“Diharapkan agar sumbangan yang diberikan ini dapat membantu keluarga yang terlibat untuk membeli keperluan mendesak.
“Musibah yang berlaku kepada orang sekeliling juga menjadi ujian buat kita. Semoga asbab musibah ini dapat digantikan dengan yang lebih baik,” ujar Ustaz Tuan Redzuan