Home Rencana PAS Selangor

Sudah sampai masanya najis arak diperangi habis habisan! – KPen DPPK Gombak

194
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎MAH GOMBAK ذُبوان_مودَاَاسكَوِ DEWAN PEMUDA PAS GOMBAK SUDAH SAMPAI MASANYA NAJIS ARAK DIPERANGI HABIS HABISAN! Jenama arak "Timah" yang viral kerana memenangi anugerah wiski antarabangsa wajar disiasat dan diambil tindakan kerana ia mengguris hati majoriti orang Islam di Malaysia kerana penggunaan nama yang sangat kontroversi menimbulkan fitnah kepada urusan umat Islam. Mohamad Sufti Bin Kamari Y4G #MEMIMPIN KETUA ENERANGAN NECARA DEWAN PE DA PAS GOMBAK Youth4Green wwww.pemudagombak PemudaGombak DPPGTV‎"‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamad Suffi Bin Kamari
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak

Dewan Pemuda PAS Gombak menyahut seruan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Sdr Nadzir bahawa kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri serta Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna wajar mengambil tindakan tegas kepada perusahaan arak ini dari terus beroperasi.

Jenama arak “Timah” yang viral kerana memenangi anugerah wiski antarabangsa wajar disiasat dan diambil tindakan kerana ia mengguris hati majoriti orang Islam di Malaysia kerana penggunaan nama yang sangat kontroversi menimbulkan fitnah kepada urusan umat Islam.

Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti umat Islam wajar menyatakan pendirian secara tegas dan tuntas bahawa sudah sampai masanya polisi berkaitan industri najis arak ini diberi perhatian semula bahkan diperketat disetiap peringkat.

Kesan daripada isu najis arak ini bukan sekadar melibatkan urusan umat Islam semata. Bahkan, dunia sendiri mengakui masyarakat barat khususnya mengalami masalah porak peranda institusi keluarga kesan daripada masalah alkohol yang menyesakkan dada. Anda tidak perlu menjadi muslim untuk memahami bahana buruk kesan alkohol, anda hanya memerlukan “common sense” dalam isu ini.

Melalui kajian sebuah artikel mengenai kesan larangan alkohol pasca COVID-19 di BBC.com oleh penulis nya Ed Butler menyatakan kesan positif larangan alkohol di Afrika Selatan menunjukkan masyarakat berasa lebih selamat dan tenteram. Keganasan rumah tangga yang berlaku di dalam masyarakat adalah berpunca dari amalan meminum minuman keras.

Jika kita melihat lebih mendalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri mengeluarkan perangkaan lebih 3 juta kematian berpunca daripada penggunaan alkohol pada tahun 2016. Nah, ia berkadaran dengan 1 daripada 20 kematian dan menyumbang kepada 5 peratus beban penyakit di peringkat global. Sadis!

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan toleransi yang tinggi, Malaysia juga perlu juga tegas dalam menyatakan pendirian dalam isu najis arak ini. Sudah sampai masanya kita bergerak ke hadapan dengan mengharamkan segala penjualan minuman keras secara umum di kedai kedai serbaneka dan restoren restoren.

Dewan Pemuda PAS Gombak ingin menegaskan dan mengingatkan semua agar bersama sama membantah perusahaan arak yang telah mengguris hati rakyat Malaysia dan menimbulkan kekeliruan umum. Kita tegas agar perlu sebuah pemerhatian lebih mendalam dan “check and balance” dalam polisi penjualan arak di tanah air bumi bertuah Malaysia ini.

17 Oktober 2021 | 10 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor