KUALA TERENGGANU, 17 Oktober – Kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan mula menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, penggalak secara berperingkat bermula hari ini.
Pengarahnya, Dato’ Dr Kasemani Embong berkata suntikan akan dilakukan di enam hospital kerajaan dan di 20 Pusat Pemberian Vaksin Kementerian Kesihatan (PPVKK).
“Suntikan dos penggalak hanya akan diberikan kepada mereka yang sudah melepasi tempoh sekurang-kurang enam bulan daripada tarikh penerimaan dos kedua secara sukarela,”katanya kepada pemberita.
Sementara itu, pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan dan warga emas berusia 60 tahun ke atas, akan diberikan di PPV swasta tidak lama lagi.